About Us
EXA SUPPLY & SERVICES SDN BHD) telah ditubuhkan pada Januari 2009 dan merupakan syarikat Bumiputera 100% yang menumpukan sepenuh operasinya dalam bidang pembekalan, penyelenggaraan dan penyewaan mesin fotostat serta pencetak multifungsi berjenama MEXTEC, XEROX, TOSHIBA, CANON, SHARP, RICOH serta pelbagai lagi.
Sehingga kini Exa Supply muncul sebagai antara pembekal utama mesin fotostat dan pencetak multifungsi bagi sektor kerajaan amnya di seluruh negeri Kelantan. Selain itu Exa Supply juga telah diberi kepercayaan oleh banyak pihak termasuk sektor swasta, IPTS serta orang perseorangan.
Dalam menghadapi persaingan, Exa Supply mengutamakan mutu dan kualiti perkhidmatan yang tinggi di samping prestasi mesin yang sentiasa memenuhi kehendak pelanggan. Sehubungan itu , selain beribu pejabat di Kota Bharu, Exa Supply kini membuka beberapa pusat servis di seluruh negeri Kelantan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Gua Musang bagi memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang memuaskan seperti kemampuan juruteknik kami untuk sampai ke setiap pajabat pelanggan dengan cepat serta menyelesaikan masalah para pelanggan pada kadar yang segera.
Adalah menjadi hasrat agar Exa Supply akan terus mendapat kepercayaan dan menjadi syarikat Bumiputera terulung di Pantai Timur. Dengan semangat dan iltizam serta budaya mengutamakan kepuasan pelanggan, kami berkeyakinan untuk terus di terima oleh para pelanggan terutama jabatan-jabatan kerajaan yang sememangnya menjadi fokus dan
aspirasi kami.